Season Pass PLUS (SP+) adalah pelan Season Pass yang terbaru.
Ia memberikan lebih banyak faedah kepada anda dari Season Pass yang sebelumnya. Lebih pilihan, Lebih penjimatan dan lebih kemudahan. Data anda yang tak habis pakai pada bulan ini akan dibawa ke depan.
Ya betul! Tak perlu bimbang. Bukan setakat data; bahkan masa untuk panggilan suara dan bilangan sms juga akan terus dibawa kedepan. Semuanya selamat. Semuanya boleh disimpan dan dikongsi.
Anda juga tak perlu memperbaharui pelan ini setiap bulan kerana ianya akan diperbaharui setiap bulan secara otomatik. Ini adalah pelan prepaid bukan pelan postpaid namun ia memberi kemudahan seperti pelan postpaid kepada anda.
Siapakah yang layak untuk melanggan pelan Season Pass PLUS (SP+) ini?
Semua pengguna-pengguna aktif prepaid XOX
Dimana boleh saya beli pelan ini?
Anda boleh membeli melalui cara-cara berikut:
Berapa kali boleh saya beli pelan Season Pass PLUS (SP+) ini?
Anda dibenarkan membeli hanya SATU pelan bulanan boleh-di-perbaharui pada satu-satu masa.
Bolehkah saya bertukar ke pelan yang lain dalam Season Pass PLUS (SP+) jika saya kini sedang melanggan salah satu dari pelan SP+?
Ya! Boleh! Anda hanya perlu hantar SP CHGPLUS ke 23388 atau 22111. Pelan baru SP+ anda akan diaktifkan sebaik saja bila pelan sekarang tamat.
Adakah pelan Season Pass PLUS (SP+) akan diperbaharui secara otomatik bila tempoh sahnya tamat?
Satu perkara yang membuat pelan ini sungguh istimewa adalah ianya akan diperbaharui setiap bulan secara otomatik! Untuk itu anda hanya perlu pastikan baki kredit di dalam akau anda mencukupi.
Adakah saya akan dimaklumkan bila pelan Season Pass PLUS (SP+) saya sudah diperbaharui?
Ya. Anda akan menerima satu SMS memaklumkan status pembaharuan anda; samada berjaya atau tidak. Kalau ianya gagal, anda perlu memeriksa untuk memastikan akaun anda aktif dan mempunyai baki kredit yang mencukupi.
Apakah syarat untuk saya dapat faedah pemberian percuma untuk pelan Season Pass PLUS (SP+) saya?
Selagi mana pelan anda diperbaharui secara otomatik setiap bulan, selagi itulah anda akan mendapat faedah pemberian percuma. Pemberian ini diberi pada setiap tarikh pembaharuan itu dibuat. Tetapi jika anda memberhentikan pembaharuan secara otomatik anda, dan kemudian jika anda membeli semula pelan yang sama, mungkin anda tidak akan diberi pemberian percuma untuk bulan itu.
Jangan bimbang. Pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi supaya pelan anda berjaya diperbaharui setiap bulan dan dengan itu anda akan berterusan mendapat faedah pemberian PERCUMA pada setiap bulan!. Ya semudah itu!
Apa jadi jika pelan Season Pass PLUS(SP+) saya gagal di perbaharui secara otomatik?
Jika pembaharuan secara otomatik anda gagal, anda tidak akan menerima Data Season Pass termasuklah barangan/ganjaran PERCUMA. Anda boleh melanggan semula untuk terus menikmati penjimatan hebat dari pelan Season Pass PLUS (SP+).
Jika saya tidak mahu pelan saya diperbaharui secara otomatik, bolehkah saya memberhentikan pembaharuan secara otomatik itu?
Ya, anda boleh. Hanya hantar SP AR OFF ke 23388 atau 22111. Pelan anda tidak akan diperbaharui secara otomatik pada pusingan yang akan datang.
Tips penjimatan: Cuba jangan berhentikan pembaharuan secara otomatik anda untuk mendapat faedah faedah PERCUMA pada setiap bulan. Hanya biarkan pembaharuan pelan anda dibuat secara otomatik.
Ya, anda boleh terus menggunakan data anda selagi mana anda tidak melebihi quota bulanan anda.
Apa jadi setelah habis quota data saya gunakan? Adakah untuk terus menggunakan data, saya akan dikenakan bayaran tambahan mengikut "pay-per-use"?
Tidak ada bayaran tambahan. Jika anda perlukan tambahan data, anda boleh melanggan pelan data tambahan kami dan data itu akan di ambil terus dari kaunter Season Pass anda tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Dimana data, SMS dan minit saya dari pelan ini disimpan?
Data, SMS dan minit anda dari pelan ini akan disimpan di dalam Season Pass anda. Data, SMS dan minit anda itu boleh dibawa kedepan malah boleh juga dikongsikan dengan pengguna XOX yang lain.
Ya. Anda juga boleh berkongsi data, SMS dan minit panggilan suara dengan sesiapa pengguna XOX MOBILE
Perkara yang perlu diperhatikan:
A. Lebih dari satu item boleh dikongsikan di dalam satu arahan SMS.
B. Penghantaran SMS untuk tujuan pengkongsian item ini akan dikenakan RM0.50 untuk setiap SMS yang berjaya.
C. Had maksima 3 SMS untuk tujuan pengkongsian item ini dibenarkan dalam sehari.
D. Had maksima perkongsian dalam setiap SMS: tiada had untuk minit masa berbual, tiada had SMS, dan 10GB data.
Menerusi Menu Mudah (Easy Menu):
Anda boleh periksa menggunakan menu mudah dengan mendail *132#.
Untuk pengguna ONEXOX prepaid: Hantarkan SP BAL ke 23388 atau 22111.
Boleh kah saya menggunakan data, SMS dan minit perbualan dari Season Pass PLUS (SP+) semasa saya merantau di luar negara?
Tidak. Hanya boleh digunakan semasa anda di Malaysia sahaja